Madah Berkunjung

Jumaat, 29 Mei 2009

Selamat Hari Gawai 2009 dan selamat bercuti

Selamat Hari Gawai 2009 dan selamat bercuti


Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Masa berputar umpama kilat. Cepat dan sekelip mata sahaja. Dalam beberapa kelip mata, berakhir sudah semester yang pertama bagi sesi tahun 2009. Demikian, cuti semester pun bermula. Selamat bercuti diucapkan kepada semua. Diingatkan untuk sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang cuti ini. Jaga tatasusila dan peribadi diri, untuk maruah diri, keluarga, bangsa dan agama.

Pada hari ini, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak untuk sesi 2009. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran pada kali ini, iaitu kumpulan PISMP-MT 1107, KPLI-IRKS 1109, dan KPLI-IRMZ 1109 yang berada di bawah seliaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.

Suka saya menyatakan, penganjuran kali ini cukup baik dan cemerlang serta berjaya. Para pensyarah yang hadir cukup terharu dengan apa yang telah kita persembahkan untuk mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Saya sering berpesan dan memegang kata-kata ini, "TIADA APA YANG SEMPURNA, TAPI KITA HARUS SENTIASA BERUSAHA KE ARAH KESEMPURNAAN". Terbukti usaha kita untuk mencapai kesempurnaan pada hari ini berjaya. Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, saya juga sering mengingatkan mereka yang berada di bawah pimpinan saya untuk sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi tertekan (tension) sebelum penganjuran apa-apa aktiviti, kerana hal ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tekanan selepasnya apabila kita mendapat kutukan daripada orang lain.

Apa yang penting, kita harus sentiasa BERSAMA KE ARAH KEGEMILANGAN. Wassalam. (YDP)

Teks Ucapan Hari Guru 2009, Yang Dipertua JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Teks Ucapan Hari Guru 2009, Yang Dipertua JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera…

Yang Berbahagia, Datin Hjh. Zahrah bt. Hj. Bujang,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak;

Yang Dihormati, Encik Awang Razali b. Awang Karim,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan;

Yang Berusaha, Encik Mohd. Shukor b. Abbas,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;

Ketua-ketua jabatan; Ketua-ketua Unit; Para pensyarah; Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar; Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru 2009; rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi; seterusnya sidang hadirin hadirat yang dimuliakan.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam Dewan Sri Samarahan yang indah pada hari yang berbahagia ini, bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak bagi tahun 2009.

“Guru Pembina Negara Bangsa”, demikian indah dan padunya tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Jelas terpapar pada tema ini, tugas seorang guru bukan setakat mengajar tulis dan baca, tapi membina negara bangsa. Tugas yang bukan mudah dan tidak boleh diperlekehkan.


Sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak pada tahun ini diraikan sedikit lewat daripada tarikh asal, iaitu 16 Mei pada setiap tahun, di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti peperiksaan dan program wajib untuk memenuhi kursus seperti Bina Insan Guru dan seumpamanya. Namun pada saya, setiap hari adalah hari penghargaan buat seorang guru. Setiap hari, guru akan mendapat ucapan terima kasih daripada murid-muridnya, pelajar-pelajarnya atau mereka yang diajar oleh seorang guru, bukan seorang tapi berpuluh-puluh orang atau mungkin beratus-ratus orang dalam sehari. Hal ini jelas menunjukkan betapa mulianya pekerjaan seorang guru.

Justeru, di kesempatan ini, saya sebagai mewakili seluruh warga guru pelatih IPGM Kampus Tun Abdul Razak, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan oleh para pensyarah kepada kami, dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang mampu membina negara bangsa. Ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru kepada anak muridnya tidak akan membawa berkat atau hasil yang memuaskan andaikata tidak direstui oleh guru tersebut. Oleh yang demikian, sebagai mewakili rakan-rakan yang lain, kami ingin menyusun sepuluh jari, memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf andai kata sepanjang kami menuntut ilmu di IPTARKU GEDUNG ILMU ini, kami pernah mengguris hati para pensyarah yang dikasihi dan disayangi sekalian. Mohon ilmu yang kami terima selama ini dihalalkan untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Bersempena dengan majlis perhimpunan yang digabungkan dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya selaku Yang Dipertua Pelajar sesi 2009/2010 akan memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa JPP untuk sesi 2009/2010 dalam selayang pandang multimedia yang akan dipaparkan selepas ini. Moga-moga, sepanjang perkhidmatan kami di dalam JPP untuk sesi ini nanti, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak boleh menjadi landasan kepada kami untuk menjayakan matlamat-matlamat penubuhan satu badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Andaikata terlalu banyak hambatan yang menyekat kelancaran tugas kami sebagai wakil pelajar, maka semuanya akan menjadi sukar dan kucar kacir.

Akhir kata dari saya, dalam tempoh yang tidak lama lagi, kita semua, rakan-rakan guru pelatih sekalian, akan bergelar seorang guru. Justeru, persiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menjadi seorang guru yang berkualiti yang akan menggembleng tenaga membina negara bangsa. Harus diingat, di dalam Kampus Tun Abdul Razak ini, terlalu banyak ilmu dan kemahiran yang boleh kita ketahui dan kuasai. Kalau hanya berbekalkan tugasan di dalam kelas yang disiapkan dengan baik, belum tentu kita boleh menjadi seorang guru yang betul-betul berkesan. Kadang-kadang, apalah salahnya kita berkorban sedikit tenaga yang kita ada untuk berkhidmat kepada tempat di mana kita menuntut ini, iaitu IPGM Kampus Tun Abdul Razak, yang mana sebenarnya boleh menjadi medan pengajar kepada diri kita yang mana saya kira lebih luas dan membantu memberikan pengalaman bererti kepada diri kita. Banyak medan yang boleh kita jadikan sebagai ruang untuk kita belajar, seperti penganjuran aktiviti, mewakili institut, membantu membantu menaikkan nama institut dan banyak lagi. Pasti kita akan merasa cukup bertuah dan berbaloi, bilamana kita mempunyai pengalaman yang mungkin orang lain tidak pernah ada.

Hadirin hadirat yang saya muliakan,
Suka saya mengingatkan diri saya dan hadirin sekalian. Kita sebenarnya umpama jari jemari. Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang besar, juga ada yang kecil. Tapi, kalau nak berjaya, kita perlu menjadi genggaman jari-jari, iaitu menjadi satu. Kerjasama dan bersatu sahajalah yang boleh membantu kita membina negara bangsa.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassamualaikum w.b.t.
Terima kasih.

Sabtu, 23 Mei 2009

Taklimat Bersama Pensyarah Penasihat

SEKITAR MESYUARAT DAN DISKUSI BERSAMA PENSYARAH PENASIHAT

TARIKH : 8 Mei 2009
MASA : 10.30 pagi
TEMPAT : Bilik Gerakan JPP
Pensyarah penasihat JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak bersama YDP JPP Saudara Asri Hamden

Perjumpaan JPP merupakan ruang berdiskusi membantu guru pelatih yang wajar ahli JPP manfaatkan sepenuhnya..

TUMPU..Ahli JPP memberi sepenuh perhatian terhadap agenda yang diperbincangkan...

Moga perkongsian bersama Penasihat ini menjadi metamorfosis terhadap segala gerak kerja JPP

Rabu, 20 Mei 2009

Mesyuarat Bulanan JPP

Mesyuarat JPP

Mohon perhatian kepada semua perwakilan. Mesyuarat terakhir sebelum cuti semester bermula akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Hari: Sabtu

Tarikh: 23 Mei 2009

Masa: 2.30 petang


Tempat: Bilik Mesyuarat JPP

Agenda:
- Minggu Pengurusan Pelajar Baru
- Sambutan Hari Guru 2009
- Hal-hal berbangkit

Mohon semua perwakilan menghadirkan diri. WAJIB. Terima kasih. (YDP)

Jumaat, 15 Mei 2009

Laporan dan Refleksi Kursus Kepimpinan JPP 2009

Laporan dan Refleksi Kursus Kepimpinan JPP 2009

Perhatian kepada semua perwakilan yang telah menghadiri kursus Kepimpinan JPP 2009 yang lepas. Sila serahkan laporan dan refleksi setiap aktiviti yang telah diagihkan mengikut biro (satu laporan sahaja dari setiap biro, ketua biro sila ambil tindakan segera) kepada Setiausaha Agung Kehormat berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Mei 2009
Masa: sebelum jam 10 malam

Laporan dan refleksi untuk aktiviti-aktiviti ini amat diperlukan untuk analisis dan bukti menghadiri kursus ini serta untuk tujuan peningkatan. Kerjasama anda amat diperlukan. Terima kasih. (YDP)

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru pada tahun ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Mei 2009
Hari: Jumaat
Jam: 8.45 pagi

Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Untuk makluman semua guru pelatih Kampus Tun Abdul Razak, sekarang saya dalam proses perundingan dengan pihak pentadbiran untuk mengawalkan tarikh perhimpunan ini bagi memudahkan urusan pulang guru-guru pelatih yang akan menyambut perayaan Hari Gawai pada tahun ini. Terima kasih. (YDP)

Hari Keluarga IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Hari Keluarga IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Salam makluman buat semua...

Berikut merupakan senarai pendek ahli perwakilan JPP dan pembantu-pembantu dari kalangan guru pelatih yang akan membantu Jawatankuasa Hari Keluarga Kampus Tun Abdul Razak untuk sambutan Hari Keluarga pada tahun ini:

16 orang guru pelatih KPLI Pengajian Kajian Sosial, IRKS
(diketuai oleh Saudara Isfandi Adi bin Ahmad - Biro Unit Kediaman)
ERIK BIN MELIGAT (IRPPJ 1109 Ahli JPP)
HAINEH BINTI RAMLIE (IRPPJ 1109 Ahli JPP)
NURZULYNA BINTI SANI (IRSN1109 Ahli JPP)
TELLIE BIN LONG (IRSN1109 Ahli JPP)

yang akan diadakan pada 23 Mei 2009, bertempat di Santubong Resort.

Jalankan tugas anda dengan baik kerana saya telah meletakkan kepercayaan kepada kalian untuk mewakili kontijen JPP untuk sambutan Hari Keluarga pada kali ini. Jangan lupa untuk sediakan laporan dan refleksi di akhir aktiviti nanti. Terima kasih. (YDP)

Khamis, 14 Mei 2009

JPP 2009/2010 IPTAR berserta gambar

SENARAI PENUH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

YANG DIPERTUA (YDP) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
MOHD NUR ASRI BIN HAMDEN (SMPMT 1107 / MUKAH, SARAWAK)


NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
EDDY AK. GUYANG (SMPMZ 1108 / BINTULU, SARAWAK)

SETIAUSAHA AGUNG
AHMAD IDRUS BIN RAHMAD (SMPSN 1108 / BETONG, SARAWAK)

NAIB SETIAUSAHA AGUNG

EMIEDELIA LIDEM (SMPSN 1109/BELAGA)

BENDAHARI KEHORMAT
MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP (SMPSS 1109/LIMBANG, SARAWAK)


NAIB BENDAHARI KEHORMAT
MOHD HAIROUL AKHBAR (SMPMZ 1108/MUKAH, SARAWAK)

BIRO-BIRO JPP 2009/2010

BIRO PERHUBUNGAN DAN DIPLOMATIK

MOHD NAZMI BIN ABDUL GHANI (KETUA)(SMPPA 1107/ALOR SETAR)

MD. SAIFULLAH BIN MD YUSOF (SMPSN 1106/ PULAU PINANG)

ADZUAN SHAH AFFANDI (SMPSN 1106/BINTANGOR)

BIRO SUKAN DAN REKREASI

MICHAEL BETI TUANG (KETUA) (SMPPJ 1109)

ABUZA ZAISHARUDDIN BIN ZAINI (SMPSN 2106/SERIAN, SARAWAK)

FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI (PPISMP708PJ)

BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI

MOSES IGAT ANAK MICHAEL BRENDEN (PPISMP708SS)

REX SCOTT ANAK WALTER (SMPBM 1109)

FAIRELYN ANAK WILSON BANYUI (PPISMP708BM)

BIRO KEROHANIAN DAN MORAL

CHE MOHAMAD HAFIFI BIN CHE MEE (KETUA)(SMPPA 1107/YAN, KEDAH)

ALIFAH BIN MOHAMAD (SMPMT 1108)

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

MOHD. SALEHUDDIN BIN SEMAIN (KETUA) (SMPSN 1108/BETONG)
CHARLES DAVIS ANAK ANYAU (PPISMP708SN)

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

AWANGKU ISSAM BIN AWANGKU SERMA (SMPSN 1109/KOTA SAMARAHAN)

BEATRICE ANAK SIBUAR (PPISMP708SN)

RUDY ANAK UNGGOM (PPISMP708BM)


BIRO UNIT KEDIAMAN
RAHMAD BIN ALI (SMPMT 2107/BINTANGOR)

SITI AMINAH BTE MOHD MORNIE (SMPMT 2107/LIMBANG)

BIRO ALAM SEKITAR

KHAIRUN IZZATI BINTI MUSA (SMPMT 1107/JOHOR)

MOHD NAJMI SAID (SMPSN 2106/MEMBAKUT, SABAH)

ALVINTINO JAMIT ANAK BERNARD GASOP (SMPPJ 1109/SARAWAK)

BIRO AKADEMIK

SALANIYAH BT RABAIEE (SMTMT 1108)

SEPAWI BIN HAJI LUKOI (SMPSS 1109)

GIDEON BALAN PETRUS (SMPBM 1109)

BIRO ADUAN

UCHUNG ANTIKA (SMPSN 1107/MIRI)

HASDI HASSAN (SMPSN 1107/ KELANTAN)

AMIRAH BT ZAHARIMAN (PPISMP708SS)

Sekitar Kursus JPP di Miri

Kursus JPP IPGM Zon Sarawak di Miri
Bersama Datin Pengarah IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Time makan adalah time yang ditunggu-tunggu...

YDP menerima cenderamata dari penghulu Kg Selanyau

MUHIBBAH..Dari pelbagai IPGM

OPKIM di Kampung Selanyau..

Baju rasmi kursus...

Kekuatan JPP Zon Sarawak...

Merangka rancangan masa depan...

Bersatu padu setiap masa...

Kenangan di Miri...

Salam tahniah dari YDP


Sekalung penghargaan dan terima kasih


dari meja Yang Dipertua JPP IPGM Kampus TAR


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera diucapkan buat semua perwakilan JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak yang menghadiri Kursus Kepimpinan JPP 2009 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri Sarawak pada 10 – 12 Mei 2009.


Tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan di atas sokongan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang menjadi perwakilan JPP Kampus Tun Abdul Razak semasa Kursus Kepimpinan JPP 2009 yang lepas. Sebagai YDP, saya berasa begitu gembira dan bertuah apabila bersama golongan perwakilan yang memberikan komitmen yang terbaik untuk mewakili kontijen kampus kita.


Apa yang paling penting, sebagai seorang perwakilan kita perlu bekerja keras untuk orang-orang yang kita wakili iaitu guru-guru pelatih di Kampus Tun Abdul Razak ini. Ini bukan satu tugas yang mudah kerana kita juga adalah guru-guru pelatih. Ini bermakna, tugas dan mandat kita bukan setakat sebagai seorang pelatih. Ini merupakan satu penghargaan buat diri kita sendiri. Justeru, diharapkan kita tidak akan menghampakan harapan orang lain terhadap diri kita.

Saya merasa begitu bangga tatkala proses perkongsian bijak dilakukan untuk membentuk satu resolusi bagi JPP IPGM Zon Sarawak dijalankan. Hampir keseluruhan perkara yang akan dibawa sebagai resolusi ini datangnya daripada cadangan JPP Kampus Tun Abdul Razak. Ini bermakna, tidak sia-sia usaha yang telah saya lakukan agar setiap biro yang telah dibentuk membuat perancangan tahunan untuk aktiviti biro. Paling menyerlah apabila setiap biro kita mempunyai portfolio masing-masing, yang mana tidak terdapat pada kontijen-kontijen yang lain. Hal ini sekaligus sebenarnya memberikan suatu hasil timbal balik di atas penat lelah setiap biro menyediakan portfolio ini. Adalah besar harapan saya agar setiap biro akan mempunyai portfolio yang mantap di akhir sesi kita sebagai perwakilan nanti sebagai persediaan untuk menjadi rujukan bagi perwakilan yang akan datang.

Perkara yang paling jarang saya lakukan ialah memberikan pujian kepada orang lain. Justeru, anda yang menerima warkah ini sepatutnya merasa begitu bertuah lantaran menerima sekalung penghargaan daripada saya. Saya tidak pernah mengharap supaya anda semua menjadi sempurna (perfect) kerana tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Yang Esa, namun saya berharap setiap daripada kita berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan.


Pasangkan tekad dan azam dalam diri anda untuk sentiasa melakukan kerja dengan hati yang ikhlas. Jangan menganggap mandat yang kita ada ini sebagai beban. Bekerjalah dengan perasaan yang gembira agar kita dapat menggembirakan hati orang lain. Ketahuilah, membahagiakan orang lain sebenarnya lebih bahagia berbanding bahagia itu sendiri. Kita akan terus bekerjasama pada masa yang akan datang sebagai satu pasukan. Diharapkan komitmen yang diberikan berterusan pada masa yang akan datang agar anda tidak pernah luput dari kotak pengalaman indah diri saya.


Salam Ikhlas,

MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN

YDP

Jumaat, 8 Mei 2009

Maklumat Umum dan Maklumat Penerbangan

Maklumat Umum Untuk Kursus JPP di Miri

Barang yang perlu di bawa :
- Portfolio JPP untuk setiap Biro
- T-Shirt IPTAR (Kuning dan Biru)
- Topi IPTAR
- Baju Batik
- Blazer
- Baju Formal
- Pakaian yang mencukupi
- Keperluan Harian
- dan bawa juga Tingkah Laku yang Mulia, Insya Allah.
-------------------------


Maklumat Penerbangan

Penerbangan ahli JPP ke Miri akan menggunakan 2 penerbangan yang berbeza.

Kumpulan 1 ( 24 Orang)
10 Mei 2009
Flight jam 12.35 Tengah hari
Bertolak dari IPTAR jam 10.15 pagi

Kumpulan 2 (6 orang)
10 Mei 2009
Flight jam 4.30 petang
Bertolak dari IPTAR jam 2.15 ptg

* Berkumpul di cafeteria IPTAR sebelum bertolak

JPP 2009/2010 IPTAR

SENARAI PENUH JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

YANG DIPERTUA (YDP) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
MOHD NUR ASRI BIN HAMDEN (SMPMT 1107 / MUKAH, SARAWAK)

NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
EDDY AK. GUYANG (SMPMZ 1108 / BINTULU, SARAWAK)

SETIAUSAHA AGUNG
AHMAD IDRUS BIN RAHMAD (SMPSN 1108 / BETONG, SARAWAK)

NAIB SETIAUSAHA AGUNG
EMIEDELIA LIDEM

BENDAHARI KEHORMAT
MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP (SMPSS 1109/LIMBANG, SARAWAK)

NAIB BENDAHARI KEHORMAT
MOHD HAIROUL AKHBAR (SMPMZ 1108/MUKAH, SARAWAK)

BIRO PERHUBUNGAN DAN DIPLOMATIK
MOHD NAZMI BIN ABDUL GHANI (KETUA) (SMPPA 1107/ALOR SETAR)
MD. SAIFULLAH BIN MD YUSOF (SMPSN 1106/ PULAU PINANG)
ADZUAN SHAH AFFANDI (SMPSN 1106/BINTANGOR)

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
MOHD. SALEHUDDIN BIN SEMAIN (KETUA) (SMPSN 1108/BETONG)
ARZAHARA BINTI AFFENDI (PPISMP708PJ)
CHARLES DAVIS ANAK ANYAU (PPISMP708SN)

BIRO KEROHANIAN
CHE MOHAMAD HAFIFI BIN CHE MEE (KETUA)(SMPPA 1107/YAN, KEDAH)
ALIFAH BIN MOHAMAD (SMPMT 1108)

BIRO SUKAN DAN REKREASI
MICHAEL BETI TUANG (KETUA) (SMPPJ 1109)
ABUZA ZAISHARUDDIN BIN ZAINI (SMPSN 2106/SERIAN, SARAWAK)
FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI (PPISMP708PJ)

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
AWANGKU ISSAM BIN AWANGKU SERMA(KETUA) (SMPSN 1109/KOTA SAMARAHAN)
BEATRICE ANAK SIBUAR (PPISMP708SN)
RUDY ANAK UNGGOM (PPISMP708BM)

BIRO AKADEMIK
SALANIYAH BT RABAIEE(KETUA) (SMTMT 1108)
GIDEON BALAN PETRUS (SMPBM 1109)
SEPAWI BIN HAJI LUKOI (SMPSS 1109)

BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
MOSES IGAT ANAK MICHAEL BRENDEN(KETUA) (PPISMP708SS)
REX SCOTT ANAK WALTER (SMPBM 1109)
FAIRELYN ANAK WILSON BANYUI (PPISMP708BM)

BIRO ALAM SEKITAR
KHAIRUN IZZATI BINTI MUSA (KETUA)(SMPMT 1107/JOHOR)
MOHD NAJMI SAID (SMPSN 2106/MEMBAKUT, SABAH)
ALVINTINO JAMIT ANAK BERNARD GASOP (SMPPJ 1109/SARAWAK)

BIRO UNIT KEDIAMAN
RAHMAD BIN ALI (KETUA)(SMPMT 2107/BINTANGOR)
SITI AMINAH BTE MOHD MORNIE (SMPMT 2107/LIMBANG)

BIRO ADUAN
UCHUNG ANTIKA (KETUA)(SMPSN 1107/MIRI)
HASDI HASSAN (SMPSN 1107/ KELANTAN)
AMIRAH BT ZAHARIMAN (PPISMP708SS)

Senarai Jawatan JPP 2009/2010

MAJLIS TERTINGGI

YANG DIPERTUA (YDP)
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
SETIAUSAHA AGONG
NAIB SETIAUSAHA AGONG
BENDAHARI KEHORMAT
NAIB BENDAHARI
KETUA-KETUA BIRO

BIRO-BIRO

1. Biro Perhubungan dan Diplomatik
2. Biro Kebajikan dan Sosial
3. Biri Kerohanian dan Moral.
4. Biro Sukan dan Rekreasi.
5. Biro Kebudayaan dan Keseniaan.
6. Biro Akademik.
7. Biro Multimedia dan Publisiti.
8. Biro Alam Sekitar.
9. Biro Unit Kediaman
10. Biro Aduan

Panorama IPGM Kampus Tun Abdul Razak

Dataran Bintang

Pintu masuk utama ke IPGM..

Blok Pentadbiran IPGM..

Blok pentadbiran setelah diedit..

Pusat Pengajian Islam (PPI) IPGM Kampus Tun Abdul Razak