Madah Berkunjung

Sabtu, 20 Jun 2009

Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat IPGM KTAR

Sambutan peringkat IPGM KTAR
diambil daripada laman BPG (bpg.edidik.edu.my)
posted by SUAK

Semester Baharu



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kepada semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 dan semua guru pelatih ;

  • PPISMP Semester 3/09
  • SMP06 Semester 8/09
  • SMP07 Semester 6/09
  • SMP08 Semester 4/09
  • SMP09 Semester 2/09
  • KPLI

Selamat melangkah ke semester baharu terutamanya kepada SMP06 yang bakal menamatkan sesi pengajian mereka untuk keseluruhan kursus pada tahun ini. "Senior Year!!" Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua guru pelatih dan para pensyarah. Semester baharu yang bermula ini diharapkan akan memberikan kejayaan kepada semua. Diharap juga JPP juga akan maju sealir dengan peredaran waktu yang berdetik.

posted by SUAK

Isnin, 15 Jun 2009

PENGUMUMAN/MEMO TERBARU

Assalamualaikum wbt kepada semua ahli JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak 2009/2010
Berikut merupakan pengumuman/memo terbaru, sila ambil perhatian:
-------
SESI TAKLIMAT/MESYUARAT JPP
Tarikh : 21 Jun 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.45 pm
Tempat : Bilik Gerakan JPP
Kehadiran : Semua ahli JPP
Agenda : Taklimat Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI & j-QAF dan lain-lain hal.
*Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian.
-------
Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan. Terima Kasih
Oleh : Setiausaha Agung Kehormat

Sabtu, 13 Jun 2009

Bersedia!

Aura Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009

Salam sejahtera semua...

Tinggal seminggu lagi cuti semester akan berakhir. Ini bermakna, tinggal seminggu lagi masa yang ada untuk semua perwakilan menyiapkan semua kertas cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang setiap biro sempena menjadi perwakilan sesi 2009/2010. Untuk makluman semua perwakilan, mesyuarat pertama untuk semester depan akan diadakan dalam minggu pertama mula sesi kuliah. Justeru, siapkan kertas cadangan anda (dicetak dan softcopy) sebelum mesyuarat ini diadakan. Semua kertas cadangan akan dipungut setelah selesai sesi mesyuarat.

Bahang kesibukan untuk semester yang akan datang sudah dirasai. Demikian, berehatlah sepuas-puasnya sebelum kembali berkhidmat di kampus. Pelbagai aktiviti besar akan dianjurkan oleh kampus kita dalam semester yang akan datang, seperti Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009 (dijangka minggu pertama buka semester), Pesta Drama Piala Ketua Menteri 2009 (pertengahan Julai), Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Julai 2009 (dijangka pertengahan Julai), Konvensyen JPP peringkat kebangsaan (dijangka Julai), Praktikum Siri 2 PISMP Ambilan Januari 2007 (hujung Jun - akhir Ogos) dan banyak lagi.

Maka, kita akan kerap berjumpa untuk bekerjasama. Jangan lengahkan masa anda untuk kerja-kerja yang penting seperti tugasan kursus kerana anda ada pakej kursus yang lain berbanding guru pelatih lain, iaitu menjadi perwakilan. Segala yang terbaik didoakan untuk diri saya dan semua perwakilan.

Salam Mesra,
YDP