Madah Berkunjung

Sabtu, 13 Jun 2009

Bersedia!

Aura Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009

Salam sejahtera semua...

Tinggal seminggu lagi cuti semester akan berakhir. Ini bermakna, tinggal seminggu lagi masa yang ada untuk semua perwakilan menyiapkan semua kertas cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang setiap biro sempena menjadi perwakilan sesi 2009/2010. Untuk makluman semua perwakilan, mesyuarat pertama untuk semester depan akan diadakan dalam minggu pertama mula sesi kuliah. Justeru, siapkan kertas cadangan anda (dicetak dan softcopy) sebelum mesyuarat ini diadakan. Semua kertas cadangan akan dipungut setelah selesai sesi mesyuarat.

Bahang kesibukan untuk semester yang akan datang sudah dirasai. Demikian, berehatlah sepuas-puasnya sebelum kembali berkhidmat di kampus. Pelbagai aktiviti besar akan dianjurkan oleh kampus kita dalam semester yang akan datang, seperti Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009 (dijangka minggu pertama buka semester), Pesta Drama Piala Ketua Menteri 2009 (pertengahan Julai), Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Julai 2009 (dijangka pertengahan Julai), Konvensyen JPP peringkat kebangsaan (dijangka Julai), Praktikum Siri 2 PISMP Ambilan Januari 2007 (hujung Jun - akhir Ogos) dan banyak lagi.

Maka, kita akan kerap berjumpa untuk bekerjasama. Jangan lengahkan masa anda untuk kerja-kerja yang penting seperti tugasan kursus kerana anda ada pakej kursus yang lain berbanding guru pelatih lain, iaitu menjadi perwakilan. Segala yang terbaik didoakan untuk diri saya dan semua perwakilan.

Salam Mesra,
YDP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)