Madah Berkunjung

Ahad, 30 Ogos 2009

Pelancaran Kemerdekaan ke -52

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-52
Peringkat IPGM KTAR





Pihak Penganjur JPP, PPISMP708SN dan PPISMP709SN




Logo 1Malaysia yang agak besar di atas pentas..GIMIK Pelancaran


Logo Simbolik 1Malaysia sebelum GIMIK...good job!!



malam raptai penuh


IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Jumaat - Pihak JPP dan penganjur PPISMP708SN dan 709SN telah mengadakan satu perhimpunan bersempena dengan pelancaran sambutan Kemerdekaan ke-52 negara yang bertemakan 1Malaysia. Bertempat di Dewan yang berprestij;Dewan Sri Samarahan ini, majlis yang bermula pada pukul 1030 pagi itu telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Rata-rata pensyarah dan hadirin yang hadir berpuas hati dengan penganjuran ini. Semua hadirin telah dibekalkan dengan sedikit cenderamata iaitu yang terdiri daripada jalur gemilang, 'candy & chocolate wafer' dan air minuman. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, En.Mohamad Bin Lin. Persembahan pada majlis tersebut telah dijayakan oleh peragaan baju pelbagai kaum yang melambangkan 1Malaysia, Persembahan KOIR KPLI JUN 2009, deklamasi sajak oleh Tn.Hj Abg Mohd Daud dan nyanyian oleh wakil pelatih iaitu Cikgu Franky dan Cikgu Ikhwan. Pihak JPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGM KTAR dan seluruh warganya atas penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung.



posted by SUAK

Ramadhan 1430H


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Kami dari warga JPP mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430H

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pesta Suka Unit Kediaman

Pesta Suka Unit Kediaman

Sekalung penghargaan pihak JPP ucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan acara sebegini. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang dan adalah besar harapan kami agar penyertaan pada tahun depan akan lebih banyak. Lagi banyak pasukan/kumpulan yang menyertai pesta ini, lagi meriah suasananya kelak. Biro Sukan dan Rekreasi JPP yang diketuai oleh Micheal Beti Tuang telah menjalankan tugas yang baik dan ahli JPP yang lain juga telah banyak memberikan sumbang saran bagi memastikan pesta ini berjalan dengan lancar. Kepada para penganjur, syabas kami ucapkan.

Pemenang-pemenang Pesta Sukan

Bola Tampar

Johan - Damai Farmasi S2
Naib Johan - Grappa Bubukz FC
Tempat Ke-3 - Boys Before Flower
Best Player - Alexzanda Ngu (Damai Farmasi S2)

Bola Jaring

Johan - IPGS FC
Naib Johan - Geng Bas Sekolah
Tempat ke-3 - SMPPJ 09
Best Player - Viveana Jeffry Chan (IPGS)

Sepak Takraw

Johan - Kotijak
Naib Johan - Gula2 Berlubang
Tempat Ke-3 - ABK Galaticos
Best Player - Feeder Kotijak (Guru KDP)


*Semoga berjumpa pada tahun depan


posted by SUAK



Ahad, 9 Ogos 2009

PPISMP709

WAJAH-WAJAH PPISMP JULAI 2009



PPISMP 709 Bahasa Inggeris


PPISMP709 Pengajian Agama



PPISMP709 Sains Sosial



PPISMP709 Bahasa Melayu



PPISMP709 Sains




posted by SUAK

KEHANGATAN PESTA SUKAN 2009

PESTA SUKAN UNIT KEDIAMAN
"maskot" pesta sukan hehe...apa2 je lah...

Sukan Bola Tampar yang merupakan sukan teras dalam Pesta Sukan ini..kumpulan manakah yang bakal merangkul kejuaraan?? sama2 kita nantikan..

Sukan Sepak Takraw yang bakal mempamerkan aksi 'terbang' dan libasan maut..hehehe...Siapakah yang bakal menjadi raja libas?? emm..saksikan Pesta Sukan ini..

Bola Jaring tidak kurang sengatnya...sama2 kita berikan sokongan kepada pelatih perempuan untuk sukan ini..Jom!!


Biro Sukan dan Rekreasi JPP akan menganjurkan Pesta Sukan Unit Kediaman bermula pada 10-13 Ogos 2009. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penuntut Kampus Tun Abdul Razak termasuklah guru-guru KDP. Cepat kawan2!..Hadiah lumayan menanti anda..emrm..Apa Yang Penting!!?? Semangat kesukanan..Majulah Sukan Untuk Kesihatan anda hehe..renung2kan dan ......ayuh!! kita berikan sokongan padu...


posted by SUAK

Birthday Naib SUAK

SELAMAT ULANG TAHUN EMY D

Angka (09-08-09) merupakan angka yang bertuah bagi Naib SU kita..
kepada saudari Emidelia Lidem..naib s/u yang best..Selamat Hari Lahir ke?? hehe..

Semoga berbahagia n pjg umur, murah rezeki


posted by SUAK

MEETING AJK PESTA SUKAN

MESYUARAT AJK PESTA SUKAN

Mesyurat susulan akan diadakan seperti butiran berikut

9 OGOS 2009
pada 8.45 malam
di Bilik Mesyurat JPP
kehadiran- semua AJK dan pengurus pasukan


HARAP MAKLUM


posted by SUAK

Salaniyah's B'day

HARI LAHIR KETUA BIRO AKADEMIK
KEPADA SALANIYAH..admin mengucapkan selamat hari lahir

08-08-09 nombor yang bertuah bagi Sal..hehe..



posetd by SUAK

Malam Bicara Hati

MALAM BAKAT PPISMP709

Pada 7 Ogos 2009, bertempat di Dewan Sri Samarahan, berlangsungnya Malam Bakat untuk pelatih baharu PPISMP709. Tema pada malam tersebut adalam 'MALAM BICARA HATI' yang berkisarkan tentang 'Emosi, Perasaan dan Manusia'. Terima kasih diucapkan kepada pelatih baharu kerana telah memberikan komitmen serta persembahan yang terbaik sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Terima kasih admin ucapkan kepada YDP yang berkesempatan ke majlis ini walaupun kurang sihat. Tidak dilupakan kepada rakan2 lain yang telah memberikan persembahan KUGIRAN yang mantap.

Pada malam tersebut juga, dewan berubah menjadi satu keadaan yang romantis dek pancaran lilin yang menghiasi sepanjang 'runaway'. Konsep persembahan pembukaan yang menampilkan AIBAS MORA Dancers juga pembukaan pengenalan pelatih baharu yang dilakukan secara 'catwalk'. hehe... Abd Halim dan Syakir selaku juruacara telah melakukan tugas yang amat baik sekali.

Admin juga mengucapkan kepada VIP kita yang turut menyerikan majlis iaitu En.Hassan Sitam, Pn.Hjh Safiah dan En.Micheal. Kepada semua AJK dan guru pelatih, admin mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang telah anda berikan.

"gambar akan di'update' kemudian"


posted by SUAK

DRAMA

PESTA DRAMA PIALA KETUA MENTERI




TAHNIAH kepada 'team' Teater Seperdu IPGM KTAR kerana drama "WASIAT" berjaya merangkul kejuaran dalam Pesta Drama Piala Ketua Menteri 2009 yang berlangsung di Dewan Sri Samarahan IPGM KTAR.

Selain itu, WASIAT juga telah merangkul beberapa anugerah perdana seperti

1. PENGARAH TERBAIK - Mohd Nur Asri Hamden
2. KAREOGRAFI TERBAIK
3. SKRIP TERBAIK - Wasiat
4. PELAKON LELAKI TERBAIK - Jack Joannes
5. PELAKON PEMBANTU TERBAIK - Zainalabidin Abd Wahab

pihak JPP secara peribadinya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan 'masterpiece' yang hebat ini. Info Tambahan - PESTA DRAMA 2010 akan berlangsung di IPGM Kampus Rajang...

Posted by SUAK


SURAT

Layanan IPTAR 'bagai menatang minyak penuh'

BARU-baru ini laporan sebuah akhbar menyatakan mengenai layanan diterima ketika sesi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan SPM di salah sebuah Institut Perguruan.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang boleh dicontohi atau diambil pengajaran oleh Institut Perguruan lain ketika mendaftar anak saya di Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR), Kota Samarahan, Sarawak.

Pada mulanya saya berasa susah hati dan bimbang apabila mendapat berita bahawa anak saya akan menjalani kursus perguruan di Sarawak.

Setiba saja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh salah seorang pegawai dan pelajar kampus terbabit dan dibawa terus ke kampus dengan diberi bilik untuk kami sekeluarga sementara menunggu hari pendaftaran.

Ketika pendaftaran pula, apa yang kami perhatikan pelajar junior disambut seperti menatang air yang penuh, sebaik keluar dari kenderaan, beg mereka terus diambil oleh pelajar yang bertugas, dilabelkan nama seperti di lapangan terbang dan diletakkan di dalam bilik khas.

Maka pelajar membuatlah pendaftaran tanpa rasa bimbang beg mereka hilang. Selesai saja mendaftar, pelajar baru kemudian dihantar ke asrama mereka oleh perwakilan yang bertugas. Selain kemudahan asrama yang lengkap dan bersih, layanan pelajar senior yang baik membuat hati gelisah dan bimbang, terus hilang dan saya berasa yakin dengan kampus ini.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala pertolongan diberikan kepada kami, lebih-lebih lagi kepada Saimon, bukan saja bantuan ketika mendaftar malah sebelum kami datang pun kami sering bertanya.

Untuk mereka yang belum tiba ke Sarawak, jangan berani cakap pasal Sarawak. Sarawak negeri yang cantik, bersih dan pesat membangun. Rakyatnya ramah dan suka menolong orang. Semoga apa yang saya ceritakan ini menjadi contoh kepada semua.



JASA MU DIKENANG IPTAR,
Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20090803010546/Article/


TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

posted by SUAK

PPISMP709

PENDAFTARAN KPLI JQAF JUN 2009 & PPISMP AMBILAN JULAI 2009

Pada awal permulaan semester baharu Jun 2009, seramai lebih kurang 120 orang pelatih KPLI Ambilan Khas Jun 2009 telah mendaftar ke IPGM KTAR. Seperti biasa, JPP dan beberapa kelas terlibat dalam sesi pendaftaran ini. Sekalung penghargaan kepada kumpulan yang terlibat. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Lain pula yang berlaku pada pendaftaran PPISMP Julai 2009 yang lepas iaitu pada 13 Julai 2009. Seramai 99 orang pelatih baharu dijangka akan mendafatar. Sebaliknya cuma 88 orang yang mendaftar. Pada keseluruhannya, sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Pada hari yang sama juga berlangsungnya pendaftaran untuk peserta Drama Piala Ketua Menteri.

IPTAR pada minggu tersebut amatlah sibuk dan pihak JPP pula terlibat secara langsung dalam aktiviti sebegini. Terima kasih admin ucapkan kepada yang terlibat dalam sesi tersebut. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi dan jasa anda semua.

posted by SUAK

BILIK JPP


BILIK MESYUARAT JPP IPGM KTAR






Beginilah bilik mesyurat JPP. Terima kasih kepada semua ahli JPP yang telah mengemaskan bilik JPP. Lepas ni barulah selesa untuk ber'meeting' hehe..

posted by SUAK

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DI TASIK DESA ILMU

KHIDMAT MASYARAKAT DI TASIK DESA ILMU


Satu program khidmat masyarakat telah dibuat oleh Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Alam Sekitar JPP. Aktiviti ini telah berlangsung di Tasik Desa Ilmu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan sampah di kawasan berhampiran tetapi pertengahan aktiviti tersebut terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat kerana cuaca kurang mengizinkan. Apa yang penting???!!

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Bersama ke arah kegemilangan"

LAWATAN PISMK-OUM SEMESTER 7 IPGM SULTAN MIZAN

ROMBONGAN PISMK-OUM KAMPUS SULTAN MIZAN PADA JUN 2009

Pada permulaan cuti semester Jun lepas, rombongan guru pelatih PISMK-OUM Kampus Sultan Mizan Terengganu telah membuat lawatan ke Sarawak. IPTAR menjadi tempat penginapan untuk mereka. Mereka terdiri daripada guru pelatih kumpulan Sains Sosial.


Pihak JPP kami berharap agar kerjasama akan terjalin sungguhpun berada jauh di Terengganu.

Terima kasih

BERSUA KEMBALI

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung blog JPP IPGM KTAR..berbanyak-banyak kemaafan dipohon atas kelewatan mengemaskini blog ini. It is due to certain circumstances.. Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh JPP IPGMKTAR bermula daripada Jun hinggalah awal bulan Ogos ini.

Tambahan pula, atas kesibukan penganjuran PESTA DRAMA PIALA KETUA MENTERI pada Julai lepas, JPP juga terlibat secara langsung. Ramai ahli JPP yang terlibat dalam drama tersebut.

Sekali lagi, pihak admin meminta maaf atas kelewatan ini.

Terima Kasih :)

Sabtu, 20 Jun 2009

Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat IPGM KTAR

Sambutan peringkat IPGM KTAR
diambil daripada laman BPG (bpg.edidik.edu.my)
posted by SUAK

Semester Baharu



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kepada semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 dan semua guru pelatih ;

  • PPISMP Semester 3/09
  • SMP06 Semester 8/09
  • SMP07 Semester 6/09
  • SMP08 Semester 4/09
  • SMP09 Semester 2/09
  • KPLI

Selamat melangkah ke semester baharu terutamanya kepada SMP06 yang bakal menamatkan sesi pengajian mereka untuk keseluruhan kursus pada tahun ini. "Senior Year!!" Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua guru pelatih dan para pensyarah. Semester baharu yang bermula ini diharapkan akan memberikan kejayaan kepada semua. Diharap juga JPP juga akan maju sealir dengan peredaran waktu yang berdetik.

posted by SUAK

Isnin, 15 Jun 2009

PENGUMUMAN/MEMO TERBARU

Assalamualaikum wbt kepada semua ahli JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak 2009/2010
Berikut merupakan pengumuman/memo terbaru, sila ambil perhatian:
-------
SESI TAKLIMAT/MESYUARAT JPP
Tarikh : 21 Jun 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.45 pm
Tempat : Bilik Gerakan JPP
Kehadiran : Semua ahli JPP
Agenda : Taklimat Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI & j-QAF dan lain-lain hal.
*Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian.
-------
Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan. Terima Kasih
Oleh : Setiausaha Agung Kehormat

Sabtu, 13 Jun 2009

Bersedia!

Aura Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009

Salam sejahtera semua...

Tinggal seminggu lagi cuti semester akan berakhir. Ini bermakna, tinggal seminggu lagi masa yang ada untuk semua perwakilan menyiapkan semua kertas cadangan untuk aktiviti-aktiviti yang telah dirancang setiap biro sempena menjadi perwakilan sesi 2009/2010. Untuk makluman semua perwakilan, mesyuarat pertama untuk semester depan akan diadakan dalam minggu pertama mula sesi kuliah. Justeru, siapkan kertas cadangan anda (dicetak dan softcopy) sebelum mesyuarat ini diadakan. Semua kertas cadangan akan dipungut setelah selesai sesi mesyuarat.

Bahang kesibukan untuk semester yang akan datang sudah dirasai. Demikian, berehatlah sepuas-puasnya sebelum kembali berkhidmat di kampus. Pelbagai aktiviti besar akan dianjurkan oleh kampus kita dalam semester yang akan datang, seperti Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Jun 2009 (dijangka minggu pertama buka semester), Pesta Drama Piala Ketua Menteri 2009 (pertengahan Julai), Minggu Pengurusan Pelajar Baru Ambilan Julai 2009 (dijangka pertengahan Julai), Konvensyen JPP peringkat kebangsaan (dijangka Julai), Praktikum Siri 2 PISMP Ambilan Januari 2007 (hujung Jun - akhir Ogos) dan banyak lagi.

Maka, kita akan kerap berjumpa untuk bekerjasama. Jangan lengahkan masa anda untuk kerja-kerja yang penting seperti tugasan kursus kerana anda ada pakej kursus yang lain berbanding guru pelatih lain, iaitu menjadi perwakilan. Segala yang terbaik didoakan untuk diri saya dan semua perwakilan.

Salam Mesra,
YDP