Pada hari ini, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak untuk sesi 2009. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran pada kali ini, iaitu kumpulan PISMP-MT 1107, KPLI-IRKS 1109, dan KPLI-IRMZ 1109 yang berada di bawah seliaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.
Suka saya menyatakan, penganjuran kali ini cukup baik dan cemerlang serta berjaya. Para pensyarah yang hadir cukup terharu dengan apa yang telah kita persembahkan untuk mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Saya sering berpesan dan memegang kata-kata ini, "TIADA APA YANG SEMPURNA, TAPI KITA HARUS SENTIASA BERUSAHA KE ARAH KESEMPURNAAN". Terbukti usaha kita untuk mencapai kesempurnaan pada hari ini berjaya. Alhamdulillah.
Bukan itu sahaja, saya juga sering mengingatkan mereka yang berada di bawah pimpinan saya untuk sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi tertekan (tension) sebelum penganjuran apa-apa aktiviti, kerana hal ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tekanan selepasnya apabila kita mendapat kutukan daripada orang lain.
Apa yang penting, kita harus sentiasa BERSAMA KE ARAH KEGEMILANGAN. Wassalam. (YDP)