Madah Berkunjung

Ahad, 30 Ogos 2009

Pelancaran Kemerdekaan ke -52

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-52
Peringkat IPGM KTAR





Pihak Penganjur JPP, PPISMP708SN dan PPISMP709SN




Logo 1Malaysia yang agak besar di atas pentas..GIMIK Pelancaran


Logo Simbolik 1Malaysia sebelum GIMIK...good job!!



malam raptai penuh


IPGM Kampus Tun Abdul Razak, Jumaat - Pihak JPP dan penganjur PPISMP708SN dan 709SN telah mengadakan satu perhimpunan bersempena dengan pelancaran sambutan Kemerdekaan ke-52 negara yang bertemakan 1Malaysia. Bertempat di Dewan yang berprestij;Dewan Sri Samarahan ini, majlis yang bermula pada pukul 1030 pagi itu telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Rata-rata pensyarah dan hadirin yang hadir berpuas hati dengan penganjuran ini. Semua hadirin telah dibekalkan dengan sedikit cenderamata iaitu yang terdiri daripada jalur gemilang, 'candy & chocolate wafer' dan air minuman. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, En.Mohamad Bin Lin. Persembahan pada majlis tersebut telah dijayakan oleh peragaan baju pelbagai kaum yang melambangkan 1Malaysia, Persembahan KOIR KPLI JUN 2009, deklamasi sajak oleh Tn.Hj Abg Mohd Daud dan nyanyian oleh wakil pelatih iaitu Cikgu Franky dan Cikgu Ikhwan. Pihak JPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGM KTAR dan seluruh warganya atas penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung.



posted by SUAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)