Madah Berkunjung

Jumaat, 29 Mei 2009

Selamat Hari Gawai 2009 dan selamat bercuti

Selamat Hari Gawai 2009 dan selamat bercuti


Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Masa berputar umpama kilat. Cepat dan sekelip mata sahaja. Dalam beberapa kelip mata, berakhir sudah semester yang pertama bagi sesi tahun 2009. Demikian, cuti semester pun bermula. Selamat bercuti diucapkan kepada semua. Diingatkan untuk sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang cuti ini. Jaga tatasusila dan peribadi diri, untuk maruah diri, keluarga, bangsa dan agama.

Pada hari ini, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Abdul Razak untuk sesi 2009. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran pada kali ini, iaitu kumpulan PISMP-MT 1107, KPLI-IRKS 1109, dan KPLI-IRMZ 1109 yang berada di bawah seliaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.

Suka saya menyatakan, penganjuran kali ini cukup baik dan cemerlang serta berjaya. Para pensyarah yang hadir cukup terharu dengan apa yang telah kita persembahkan untuk mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Saya sering berpesan dan memegang kata-kata ini, "TIADA APA YANG SEMPURNA, TAPI KITA HARUS SENTIASA BERUSAHA KE ARAH KESEMPURNAAN". Terbukti usaha kita untuk mencapai kesempurnaan pada hari ini berjaya. Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, saya juga sering mengingatkan mereka yang berada di bawah pimpinan saya untuk sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi tertekan (tension) sebelum penganjuran apa-apa aktiviti, kerana hal ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tekanan selepasnya apabila kita mendapat kutukan daripada orang lain.

Apa yang penting, kita harus sentiasa BERSAMA KE ARAH KEGEMILANGAN. Wassalam. (YDP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)