Madah Berkunjung

Ahad, 9 Ogos 2009

Malam Bicara Hati

MALAM BAKAT PPISMP709

Pada 7 Ogos 2009, bertempat di Dewan Sri Samarahan, berlangsungnya Malam Bakat untuk pelatih baharu PPISMP709. Tema pada malam tersebut adalam 'MALAM BICARA HATI' yang berkisarkan tentang 'Emosi, Perasaan dan Manusia'. Terima kasih diucapkan kepada pelatih baharu kerana telah memberikan komitmen serta persembahan yang terbaik sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Terima kasih admin ucapkan kepada YDP yang berkesempatan ke majlis ini walaupun kurang sihat. Tidak dilupakan kepada rakan2 lain yang telah memberikan persembahan KUGIRAN yang mantap.

Pada malam tersebut juga, dewan berubah menjadi satu keadaan yang romantis dek pancaran lilin yang menghiasi sepanjang 'runaway'. Konsep persembahan pembukaan yang menampilkan AIBAS MORA Dancers juga pembukaan pengenalan pelatih baharu yang dilakukan secara 'catwalk'. hehe... Abd Halim dan Syakir selaku juruacara telah melakukan tugas yang amat baik sekali.

Admin juga mengucapkan kepada VIP kita yang turut menyerikan majlis iaitu En.Hassan Sitam, Pn.Hjh Safiah dan En.Micheal. Kepada semua AJK dan guru pelatih, admin mengucapkan terima kasih kerana kerjasama yang telah anda berikan.

"gambar akan di'update' kemudian"


posted by SUAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)