Madah Berkunjung

Ahad, 9 Ogos 2009

PPISMP709

PENDAFTARAN KPLI JQAF JUN 2009 & PPISMP AMBILAN JULAI 2009

Pada awal permulaan semester baharu Jun 2009, seramai lebih kurang 120 orang pelatih KPLI Ambilan Khas Jun 2009 telah mendaftar ke IPGM KTAR. Seperti biasa, JPP dan beberapa kelas terlibat dalam sesi pendaftaran ini. Sekalung penghargaan kepada kumpulan yang terlibat. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Lain pula yang berlaku pada pendaftaran PPISMP Julai 2009 yang lepas iaitu pada 13 Julai 2009. Seramai 99 orang pelatih baharu dijangka akan mendafatar. Sebaliknya cuma 88 orang yang mendaftar. Pada keseluruhannya, sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Pada hari yang sama juga berlangsungnya pendaftaran untuk peserta Drama Piala Ketua Menteri.

IPTAR pada minggu tersebut amatlah sibuk dan pihak JPP pula terlibat secara langsung dalam aktiviti sebegini. Terima kasih admin ucapkan kepada yang terlibat dalam sesi tersebut. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi dan jasa anda semua.

posted by SUAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)