Madah Berkunjung

Khamis, 14 Mei 2009

Salam tahniah dari YDP


Sekalung penghargaan dan terima kasih


dari meja Yang Dipertua JPP IPGM Kampus TAR


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera diucapkan buat semua perwakilan JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak yang menghadiri Kursus Kepimpinan JPP 2009 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri Sarawak pada 10 – 12 Mei 2009.


Tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan di atas sokongan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang menjadi perwakilan JPP Kampus Tun Abdul Razak semasa Kursus Kepimpinan JPP 2009 yang lepas. Sebagai YDP, saya berasa begitu gembira dan bertuah apabila bersama golongan perwakilan yang memberikan komitmen yang terbaik untuk mewakili kontijen kampus kita.


Apa yang paling penting, sebagai seorang perwakilan kita perlu bekerja keras untuk orang-orang yang kita wakili iaitu guru-guru pelatih di Kampus Tun Abdul Razak ini. Ini bukan satu tugas yang mudah kerana kita juga adalah guru-guru pelatih. Ini bermakna, tugas dan mandat kita bukan setakat sebagai seorang pelatih. Ini merupakan satu penghargaan buat diri kita sendiri. Justeru, diharapkan kita tidak akan menghampakan harapan orang lain terhadap diri kita.

Saya merasa begitu bangga tatkala proses perkongsian bijak dilakukan untuk membentuk satu resolusi bagi JPP IPGM Zon Sarawak dijalankan. Hampir keseluruhan perkara yang akan dibawa sebagai resolusi ini datangnya daripada cadangan JPP Kampus Tun Abdul Razak. Ini bermakna, tidak sia-sia usaha yang telah saya lakukan agar setiap biro yang telah dibentuk membuat perancangan tahunan untuk aktiviti biro. Paling menyerlah apabila setiap biro kita mempunyai portfolio masing-masing, yang mana tidak terdapat pada kontijen-kontijen yang lain. Hal ini sekaligus sebenarnya memberikan suatu hasil timbal balik di atas penat lelah setiap biro menyediakan portfolio ini. Adalah besar harapan saya agar setiap biro akan mempunyai portfolio yang mantap di akhir sesi kita sebagai perwakilan nanti sebagai persediaan untuk menjadi rujukan bagi perwakilan yang akan datang.

Perkara yang paling jarang saya lakukan ialah memberikan pujian kepada orang lain. Justeru, anda yang menerima warkah ini sepatutnya merasa begitu bertuah lantaran menerima sekalung penghargaan daripada saya. Saya tidak pernah mengharap supaya anda semua menjadi sempurna (perfect) kerana tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Yang Esa, namun saya berharap setiap daripada kita berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan.


Pasangkan tekad dan azam dalam diri anda untuk sentiasa melakukan kerja dengan hati yang ikhlas. Jangan menganggap mandat yang kita ada ini sebagai beban. Bekerjalah dengan perasaan yang gembira agar kita dapat menggembirakan hati orang lain. Ketahuilah, membahagiakan orang lain sebenarnya lebih bahagia berbanding bahagia itu sendiri. Kita akan terus bekerjasama pada masa yang akan datang sebagai satu pasukan. Diharapkan komitmen yang diberikan berterusan pada masa yang akan datang agar anda tidak pernah luput dari kotak pengalaman indah diri saya.


Salam Ikhlas,

MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN

YDP

2 ulasan:

  1. setiap usaha yang berlandaskan dengan keikhlasan sudah pasti akan terbalas dengan dek kemanisan kejayaan....

    BalasPadam
  2. betul tu... keikhlasan perlu juga diselaraskan dengan usaha yang gigih. tak boleh cekap berkata, tapi tak buat apa2...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda dengan berhemah dan profesional. Terima kasih di atas komen membina anda. (YDP)