Khamis, 14 Mei 2009
Salam tahniah dari YDP
Sekalung penghargaan dan terima kasih
dari meja Yang Dipertua JPP IPGM Kampus TAR
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera diucapkan buat semua perwakilan JPP IPGM Kampus Tun Abdul Razak yang menghadiri Kursus Kepimpinan JPP 2009 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri Sarawak pada 10 – 12 Mei 2009.
Tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan di atas sokongan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang menjadi perwakilan JPP Kampus Tun Abdul Razak semasa Kursus Kepimpinan JPP 2009 yang lepas. Sebagai YDP, saya berasa begitu gembira dan bertuah apabila bersama golongan perwakilan yang memberikan komitmen yang terbaik untuk mewakili kontijen kampus kita.
Apa yang paling penting, sebagai seorang perwakilan kita perlu bekerja keras untuk orang-orang yang kita wakili iaitu guru-guru pelatih di Kampus Tun Abdul Razak ini. Ini bukan satu tugas yang mudah kerana kita juga adalah guru-guru pelatih. Ini bermakna, tugas dan mandat kita bukan setakat sebagai seorang pelatih. Ini merupakan satu penghargaan buat diri kita sendiri. Justeru, diharapkan kita tidak akan menghampakan harapan orang lain terhadap diri kita.
Saya merasa begitu bangga tatkala proses perkongsian bijak dilakukan untuk membentuk satu resolusi bagi JPP IPGM Zon Sarawak dijalankan. Hampir keseluruhan perkara yang akan dibawa sebagai resolusi ini datangnya daripada cadangan JPP Kampus Tun Abdul Razak. Ini bermakna, tidak sia-sia usaha yang telah saya lakukan agar setiap biro yang telah dibentuk membuat perancangan tahunan untuk aktiviti biro. Paling menyerlah apabila setiap biro kita mempunyai portfolio masing-masing, yang mana tidak terdapat pada kontijen-kontijen yang lain. Hal ini sekaligus sebenarnya memberikan suatu hasil timbal balik di atas penat lelah setiap biro menyediakan portfolio ini. Adalah besar harapan saya agar setiap biro akan mempunyai portfolio yang mantap di akhir sesi kita sebagai perwakilan nanti sebagai persediaan untuk menjadi rujukan bagi perwakilan yang akan datang.
Perkara yang paling jarang saya lakukan ialah memberikan pujian kepada orang lain. Justeru, anda yang menerima warkah ini sepatutnya merasa begitu bertuah lantaran menerima sekalung penghargaan daripada saya. Saya tidak pernah mengharap supaya anda semua menjadi sempurna (perfect) kerana tiada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Yang Esa, namun saya berharap setiap daripada kita berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan.
Pasangkan tekad dan azam dalam diri anda untuk sentiasa melakukan kerja dengan hati yang ikhlas. Jangan menganggap mandat yang kita ada ini sebagai beban. Bekerjalah dengan perasaan yang gembira agar kita dapat menggembirakan hati orang lain. Ketahuilah, membahagiakan orang lain sebenarnya lebih bahagia berbanding bahagia itu sendiri. Kita akan terus bekerjasama pada masa yang akan datang sebagai satu pasukan. Diharapkan komitmen yang diberikan berterusan pada masa yang akan datang agar anda tidak pernah luput dari kotak pengalaman indah diri saya.
Salam Ikhlas,
MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN
YDP
Jumaat, 8 Mei 2009
Maklumat Umum dan Maklumat Penerbangan
Barang yang perlu di bawa :
- Portfolio JPP untuk setiap Biro
- T-Shirt IPTAR (Kuning dan Biru)
- Topi IPTAR
- Baju Batik
- Blazer
- Baju Formal
- Pakaian yang mencukupi
- Keperluan Harian
- dan bawa juga Tingkah Laku yang Mulia, Insya Allah.
-------------------------
Maklumat Penerbangan
Penerbangan ahli JPP ke Miri akan menggunakan 2 penerbangan yang berbeza.
Kumpulan 1 ( 24 Orang)
10 Mei 2009
Flight jam 12.35 Tengah hari
Bertolak dari IPTAR jam 10.15 pagi
Kumpulan 2 (6 orang)
10 Mei 2009
Flight jam 4.30 petang
Bertolak dari IPTAR jam 2.15 ptg
* Berkumpul di cafeteria IPTAR sebelum bertolak
JPP 2009/2010 IPTAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
YANG DIPERTUA (YDP) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
MOHD NUR ASRI BIN HAMDEN (SMPMT 1107 / MUKAH, SARAWAK)
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
EDDY AK. GUYANG (SMPMZ 1108 / BINTULU, SARAWAK)
SETIAUSAHA AGUNG
AHMAD IDRUS BIN RAHMAD (SMPSN 1108 / BETONG, SARAWAK)
NAIB SETIAUSAHA AGUNG
EMIEDELIA LIDEM
BENDAHARI KEHORMAT
MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP (SMPSS 1109/LIMBANG, SARAWAK)
NAIB BENDAHARI KEHORMAT
MOHD HAIROUL AKHBAR (SMPMZ 1108/MUKAH, SARAWAK)
BIRO PERHUBUNGAN DAN DIPLOMATIK
MOHD NAZMI BIN ABDUL GHANI (KETUA) (SMPPA 1107/ALOR SETAR)
MD. SAIFULLAH BIN MD YUSOF (SMPSN 1106/ PULAU PINANG)
ADZUAN SHAH AFFANDI (SMPSN 1106/BINTANGOR)
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
MOHD. SALEHUDDIN BIN SEMAIN (KETUA) (SMPSN 1108/BETONG)
ARZAHARA BINTI AFFENDI (PPISMP708PJ)
CHARLES DAVIS ANAK ANYAU (PPISMP708SN)
BIRO KEROHANIAN
CHE MOHAMAD HAFIFI BIN CHE MEE (KETUA)(SMPPA 1107/YAN, KEDAH)
ALIFAH BIN MOHAMAD (SMPMT 1108)
BIRO SUKAN DAN REKREASI
MICHAEL BETI TUANG (KETUA) (SMPPJ 1109)
ABUZA ZAISHARUDDIN BIN ZAINI (SMPSN 2106/SERIAN, SARAWAK)
FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI (PPISMP708PJ)
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
AWANGKU ISSAM BIN AWANGKU SERMA(KETUA) (SMPSN 1109/KOTA SAMARAHAN)
BEATRICE ANAK SIBUAR (PPISMP708SN)
RUDY ANAK UNGGOM (PPISMP708BM)
BIRO AKADEMIK
SALANIYAH BT RABAIEE(KETUA) (SMTMT 1108)
GIDEON BALAN PETRUS (SMPBM 1109)
SEPAWI BIN HAJI LUKOI (SMPSS 1109)
BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
MOSES IGAT ANAK MICHAEL BRENDEN(KETUA) (PPISMP708SS)
REX SCOTT ANAK WALTER (SMPBM 1109)
FAIRELYN ANAK WILSON BANYUI (PPISMP708BM)
BIRO ALAM SEKITAR
KHAIRUN IZZATI BINTI MUSA (KETUA)(SMPMT 1107/JOHOR)
MOHD NAJMI SAID (SMPSN 2106/MEMBAKUT, SABAH)
ALVINTINO JAMIT ANAK BERNARD GASOP (SMPPJ 1109/SARAWAK)
BIRO UNIT KEDIAMAN
RAHMAD BIN ALI (KETUA)(SMPMT 2107/BINTANGOR)
SITI AMINAH BTE MOHD MORNIE (SMPMT 2107/LIMBANG)
BIRO ADUAN
UCHUNG ANTIKA (KETUA)(SMPSN 1107/MIRI)
HASDI HASSAN (SMPSN 1107/ KELANTAN)
AMIRAH BT ZAHARIMAN (PPISMP708SS)
Senarai Jawatan JPP 2009/2010
YANG DIPERTUA (YDP)
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP)
SETIAUSAHA AGONG
NAIB SETIAUSAHA AGONG
BENDAHARI KEHORMAT
NAIB BENDAHARI
KETUA-KETUA BIRO
BIRO-BIRO
1. Biro Perhubungan dan Diplomatik
2. Biro Kebajikan dan Sosial
3. Biri Kerohanian dan Moral.
4. Biro Sukan dan Rekreasi.
5. Biro Kebudayaan dan Keseniaan.
6. Biro Akademik.
7. Biro Multimedia dan Publisiti.
8. Biro Alam Sekitar.
9. Biro Unit Kediaman
10. Biro Aduan







